Ads by Nuffnang

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Sultan Iskandar Mangkat


 Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Pada 7:15 malam tadi, Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat setelah di masukkan ke Puteri Specialist Hospital setelah gering. Kemangkatan baginda pada 7:15 malam telah di umumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Baginda berusia 77 tahun.



Baginda Almarhum merupakan seorang Sultan yang tegas tetapi adil dan hanya menginginkan yang terbaik untuk rakyatnya. Di bawah pemerintahan baginda yang bermula sejak May 11, 1981, negeri Johor muncul sebagai di antara negeri yang termaju di Malaysia.

Baginda pernah menjadi DYMM Agong yang ke-8 di antara April 26, 1984 sehingga April 25, 1989.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor Sultanah Zanariah dan dua orang putera dan lapan orang puteri iaitu unku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah and Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.


Tengku Mahkota Johor mengangkat sumpah semasa perlantikan menjadi pemangku sultan

Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail telah di lantik sebagai pemangku Sultan dua jam sebelum kemangkatan ayahanda baginda. Baginda berjanji akan meneruskan pemerintahan almarhum ayandanya iaitu untuk menjaga kedaulatan negeri Johor dan rakyatnya.

Baginda Aalmarhum Sultan Iskandar akan di semadikan di Makam Di Raja pada jam 2 petang selepas solat zohor. Rakyat boleh datang memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari jam 9 hingga 10:30 pagi manakan tetamu kehormat pada 11 pagi.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

1 comment:

  1. Al-fatihah...

    Semoga roh baginda di cucuri rahmat hendakNya...

    Takziah buat seluruh keluarga Baginda...

    ReplyDelete

Comment here