Ads by Nuffnang

Tuesday, August 24, 2010

Perlu ke Smart Tag?



Gambar ehsan dari Google

Akhirnya beli juga Smart Tag aku sendiri selepas beberapa lama berkongsi dengan isteri. Di sebabkan dia pun nak guna (memang dia punya pun), aku pun akhirnya terpaksa beli satu untuk kegunaan harian. Kalau takde Smart Tag ni, mahu sangkut lama aku kat tol (terutama sekali Tol Batu Tiga & Tol Sungai Besi).

Aku beli di pejabat PLUS NKVE (exit Subang Jaya) dengan harga RM 130. Dapat Smart Tag unit satu dan juga free kad Touch N' Go yang ada nilai RM 10. Aku dah ada kad Plus Miles, so aku simpan kad baru ni sebagai emergency. Manalah tahu sesak-sesak nanti boleh pakai.

Perkara yang aku nak tanya, perlu ke ada Smart Tag? Aku tahu aku dah explain boleh elak beratur extra panjang kat tol, tapi perlu ke ada lagi-lagi keadaan sekarang dengan kereta banyak di jalan raya?


Ada yang kata, kalau dah ada kad Touch N Go pun dah cukup. Lain pulak yang kata kalau ada Smart Tag boleh potong line terus (& juga boleh eksyen kat pemandu lain).


Pakai kad Touch n' Go pun dah cukup?

So, apa pendapat korang? Perlu ke guna Smart Tag dalam hidupan harian kita? Rugi ke untung pakai Smart Tag ni?

3 comments:

  1. been using the smart tag since i started working. It's good to have but on occasions you just have to use the TnGo lane coz sometimes ppl forget to reload, battery ran low or simply because they just dont want to pay (jangan tak percaya ada orang macam ni tau) which makes the smart tag lane gets stuck. I think it's good to have, convenient definitely. But i seriously cannot stand the ppl who conveniently ( dengan sengaja and not because the other lane was stuck) cut queues.. takkanla orang lain boleh beratur at the smart tag lane, dia tak boleh? unless they were blinded by the sunlight that they didn't see us queuing up.. so weird those ppl are. I think they left their manners in the toilet or something.. :)

    ReplyDelete
  2. smart tag ni boleh la guna kalau tak nak stuck lama kat tol kan..but so far saya sndri tak da kegunaan sngt nak guna smart tag..bkn kene rempuh highway hari22..so ada TnG cukup la..bila sumtimes nak naik kl ke ape ke..hehhe

    ReplyDelete

Comment here