Ads by Nuffnang

Friday, December 31, 2010

Kepulangan wira-wira kita

Ketua pasukan Safiq Rahim mengetuai pasukan Harimau Malaya keluar dari balai ketibaan

Hampir 2,000 penyokong pasukan negara yang baru sahaja di nobatkan menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 yang juga membawa kepada title juara asia tenggara menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang KLIA semalam. 

Walaupun flight pasukan negara delay selama sejam, penyokong-penyokong masih sabar menunggu ketibaan juara-juara kita. Keadaan sesak & huru hara memaksa pasukan keselamatan KLIA berkerja keras untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ramai dari yang ada membawa sepanduk, replika trofi AFF, menayanyikan lagu-lagu semangat serta berusaha bersalaman dengan perwira mereka.

Di harap kemenangan ini akan mendatangkan lebih lagi kejayaan untuk pasukan bola sepak negara.

1 comment:

  1. seronok dan bangga tengok kepulangan mereka disambut meriah...ini akan menaikkan semangat dan moral team Malaysia...syabas !!!

    ReplyDelete

Comment here