Ads by Nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

Oh nasi lemak!

Nasi lemak telur mata goyang favourite sarapan

Mulai bulan depan, kantin sekolah hanya di benarkan menyediakan nasi lemak hanya dua kali seminggu dalam menu untuk pelajar sekolah. Fast food seperti pizza, burger dan sosej di haramkan langsung dari menu di kantin sekolah. Ini adalah langkah Kementerian Kesihatan dalam menurunkan tahap obesiti di kalangan pelajar sekolah.

Senarai penuh makanan dan kekerapa hidangan:
  • Dua kali seminggu - nasi lemak, nasi goreng, laksa
  • Sekali seminggu - lontong, nasi pulut, mi kari
  • Setiap hari - mee hoon & kuey tiow goreng
Selain itu, minuman berkarbonat, kopi, gula-gula, teh, minuman berperisa tiruan dan mi segera juga di haramkan. Kementerian juga mengatakan penyediaan juga haruslah teliti dalam kandungan garam, minyak dan santan untuk mengelakkan makanan dari menjadi tidak sihat.

Pada pendapat aku, makanan di luar pagar sekolah juga perlu di pantau. Senang-senang aje pelajar sekolah untuk membeli makanan-makanan yang tak berkhasiat. 

P/s: Time waktu rehat sekolah menengah dulu suka makan pau ayam dengan sirap bandung.

1 comment:

  1. ehehehe
    aku time sekolah dulu hari2 air tin soya@teh krisantimum tu

    setujuuuuuu
    kadang2 tgk kantin takde ape pon
    tapi luar pagar sekolah je dah berator org jual jajan semua tu

    sapa yang patut disalahkan pon tak tau laa

    ReplyDelete

Comment here