Ads by Nuffnang

Tuesday, April 19, 2011

Politik Sarawak dah habis tapi politik office tak habis-habis lagi...

Office politics. Satu perkara yang memang aku bangkang habis bila berlaku kat tempat kerja. Boleh nampaklah orang-orang yang betul-betul buat kerja, orang-orang yang bercakap dengan kita lain tapi dengan management & bosses lain (double standards) dan orang-orang yang memang terang-terang bodek habis boss.

Lately, yang buat aku pelik bila orang yang aku  tak sangka akan terlibat dalam office politics ni pun dah mula involvekan diri. Mungkin dia rasa tercabar sebab rival dia, by the way seorang yang suka mengurut boss (literally urut) mula mendapat perhatian boss.

Dari pengalaman aku, orang-orang yang pandai main office politics selalunya akan cepat naik di office. Perlu ke main office politics aku ni?

1 comment:

  1. sama lah kita....
    Tension dgn fire stone yg sedang membuat onar di sekolah..
    dia tak perlah, kabel besar gile..
    tengah2 kerja pun boleh urusan gi kempen kat sarawak..huhuh

    ReplyDelete

Comment here