Ads by Nuffnang

Monday, July 4, 2011

Syabas Harimau Malaya!


Tidak terlambat untuk aku mengucapkan syabas pada pasukan Harimau Malaya yang berjaya melangkah ke pusingan kedua pusingkan kelayakan Piala Dunia 2014. Lawan pasukan kita selepas ini ialah Singapura. Tidak boleh memandang ringan kebolehan pasukan jiran walaupun kita adalah pasukan terbaik di ASEAN. Tidak lupa untuk aku ucapkan respect pada kawan aku, Juan Ari yang bersama rakan-rakan pergi ke Taiwan untuk mengikut pejuang kita. Keluar TV3 Berita 1.30 tapi tak cakap apa-apa. Pemalu juga kau ni bro.

Pasukan di bawah kendalian K. Rajagobal walaupun tewas 3-2 pada perlawanan semalam dan terikat secara aggregat 4-4 tetapi di sebabkan dua jaringan di tempat lawan, Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Sebelum itu, penyokong Malaysia diberikan saat-saat serangan jantung sebelum menang. Siapa yang lemah semangat tu, tak patut tengok game semalam.

Wira-wira kita yang menjaringkan gol semalam ialah Aidil Zafuan Abdul Razak dan kapten pasukan, Safiq Abdul Rahim. Aku tak nak cerita tentang gol-gol Taiwan sebab, I don't give a damn about them. Dua-dua gol kita aku rasa tinggi kualitinya tetapi bahagian pertahanan kita perlu di berikan perhatian yang lebih. Tambah pulak dengan pengadil perlawanan yang agak berat sebelah.

Apa-apapun, kita berjaya ke pusingan kedua selepas 34 tahun dan jika pasukan kita boleh improve lagi, insya'Allah kita boleh mara ke pusingan ketiga. 

No comments:

Post a Comment

Comment here