Ads by Nuffnang

Tuesday, August 23, 2011

Rebat untuk pengguna Plusmiles & Touch N Go sempena Aidilfitri


Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengumumkan akan memberi rebat pada pengguna lebuhraya PLUS yang menggunakan kad Plusmiles atau Touch N Go semasa perjalanan pada Aidilfitri yang akan datang. Hari-hari rebat dan peratus rebat yang di beri ialah:

  • 25 & 26 hb Ogos - 20% rebat
  • 30 & 31 hb Ogos - 10% rebat
  •   1 &  2 hb Sept - 20% rebat
Rebat boleh di tuntut di kaunter servis pelanggan di antara 15 Oktober hingga 31 Disember 2011 apabila menambah nilai kad Plusmiles atau Touch N Go.
Kepada yang belum lagi mempunyai kad Plusmile, boleh lah cepat membeli di tol-tol plaza sementara stok masih ada. Bukan saja mengurangkan masa beratur untuk membayar tol ia juga dapat mengurangkan kos pembayaran tol pada Aidilfitri ini.

Maklumat lebih lanjut boleh klik sini.

P/S: Smart Tag masih lagi ada stok di Plaza Tol Subang Jaya exit/entry dari NKVE dengan harga RM 120 (dengan kad Touch N Go RM 10)

1 comment:

Comment here