Ads by Nuffnang

Tuesday, October 25, 2011

Pendapat saya tentang Masterchef Malaysia


Sejak MasterChef Malaysia muncul di Astro @ Ria sabtu lepas (di tayangan dari hari Sabtu hingga Rabu setiap minggu), saya tak rasa MasterChef Malaysia ini dapat kekalkan minat penonton especially penonton yang sudah biasa dengan versi MasterChef Australia, MasterChef US dan Juniour MasterChef Australia.

Tak perlulah kita tiru version yang lain itu tapi Astro perlulah cuba buatkan show lebih relax dan menyeronokkan. Komen-komen yang di beri rasa seperti macam ada dalam kelas bahasa atau lecture room di kolej. Cuba jadikan version MasterChef lain tu sebagai reference point. Peserta mereka lebih relax dan makin lama makin bagus. Saya especially suka Junior MasterChef Australia. Bayangkan budak-budak berumur 8-13 tahun boleh memasak makanan seperti di hotel 5 bintang. Terpegun.

Saya ada beberapa cadangan. Suasana yang relax dan kreatif mungkin dapat mengurangkan tekanan pada peserta yang memang nampak sangat-sangat kaku. Ada yang berdiri dalam keadaan senang sedia ala-ala tentera apabila menunggu keputusan judges. Di sinilah peranan judges penting. Apabila kurang tekanan, kreativiti dan kebolehan peserta akan muncul dengan sendirinya. Penonton pun akan lebih nak tahu apa yang setiap peserta akan sediakan dan pasti ada yang menjadi favourite penonton. Chef Wan pun ada komen tentang perkara ini melalu Facebook.

Peranan judges sangatlah penting menjadikan MasterChef Malaysia interesting
Komen dari judges pun adakalanya sampai tahap kelakar pun ada. Kekadang tu saya sendiri tukar channel sekejap bila rasa komen tu terlalu kelakar dan "entah apa-apa" punya komen. Peserta bergantung kepada komen-komen dari judges yang berpengalaman untuk menjadi lebih skilful dan cekap.

Para peserta harus di galakkan oleh judges dan Astro untuk lebih relax dan kreatif. Kesian juga tengok peserta-peserta tu sebab terlalu tertekan untuk impress judges. When you relax, more positive stuff will come out of it.

Apa pendapat korang tentang MasterChef Malaysia ini?

No comments:

Post a Comment

Comment here