Ads by Nuffnang

Tuesday, October 11, 2011

Pizza Hut Chunky Loaded mengecewakan


Sudah lama isteri & saya nak cuba Pizza Hut Chunky Loaded. Lagi-lagi si isteri yang memang suka pizza. Nampak dari gambar promo Pizza Hut atas tu macam memang yummylicious.

Kami pun cubalah Chunky Loaded ni di Pizza Hut Midvalley masa lunch time minggu lepas. Plan nak order a la carte tapi bila di congak-congak semula, baik go for the Chunky Loaded Meal Set. Chunky Loaded set ada regular Chunky Loaded pizza, dua mangkuk soup, satu pinggan bread dan dua cawan pepsi. Semua sekali RM 35 (tambah tolak).

Kami di suruh tunggu 15 minit dan sambil tu boleh layan soup and bread yang ada. Jeng, jeng, jeng...datang lah pizza Chunky Loaded yang di tunggu....

Pizza Hut Chunky Loaded
Alahai, thin crust rupanya. Aku memang lebih suka thick crust sebab rasa lebih puas. Tapi isteri pula lebih suka thin crust sebab senang nak makan katanya. First impression, looks apettizing, interesting and pretty. But, its thin crust! Why??!! Ingatkan 10 layers tu macam Big Mac tebalnya. Kecewa.

kecewa kecewa pun habis juga..hehehe..

No comments:

Post a Comment

Comment here