Ads by Nuffnang

Sunday, March 25, 2012

Buah tangan dari Makkah



Baru-baru ni parents in law baru balik dari umrah. Pergi dan balik semuanya sempurna. Seronok dengar mereka bercerita tentang pengalaman mereka kali kedua atau ke berapa menziarah tanah suci Makkah. Lama juga saya dan isteri duduk mendengar cerita mereka sambil makan kurma dan kismis yang di bawa balik.

Banyak perubahan kata mereka yang sedang berlaku di sekeliling Masjidil Haram. Banyak hotel-hotel baru yang cantik, kurang dah penjual tepi jalan dan banyak bangunan tinggi naik.


Macam-macam jenis coklat arab, kacang dan kismis 


Kemudian pergi melawat Mesir. Kata mereka, kesian keadaan rakyat Mesir sekarang. Semakin miskin rakyat mereka dan tak berapa seronok untuk membeli barang sebab penjual sana terlalu mendesak. Cuaca memang sejuk kat sana.

Macam biasalah mesti ada ole-ole macam kismis, air zam-zam, kurma, cokolat arab, kacang dan jubah-jubah. Dapat pulak sepasang jubah dengan kopiah yang memang lembut. Ada gambar ole-ole yang kami sekeluarga dapat dari mak dan ayah. Tengoklah sendiri ye, saya nak pergi mengunyah pistachio dari Makkah. 

Pistachio memang favourite
Jubah, kopiah, sejadah dan t-shirt Egypt
Yang ini untuk Kaisan, masa kecik-kecik dulu pun ada dapat dari arwah  atok

4 comments:

Comment here