Ads by Nuffnang

Sunday, March 11, 2012

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final All-England


Datuk Lee Chong Wei, juara bertahan dua kali bagi All-England berjaya melangkah ke final All England pada tahun ini dan berpeluang mencatat hattrik kemenangan All England jika menjuarainya. Pada separuh akhir DLCW mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-19, 21-18.

DLCW akan bertemu dengan pemenang di antara Lin Dan atau Kenichi Tago pada perlawanan separuh akhir kedua. Lin Dan menjadi pilihan untuk bertemu pada DLCQ pada perlawanan akhir nanti dan menjadikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu apabila pemain China itu tewas 17-21, 17-21.

Pasangan bergu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon juga mungkin berada di final juka dapat memenangi perlawanan separuh akhir mereka menentang pasangan dari Indonesia Tuntowi Ahmad dan Liliyana Natsir.


Update:


Lin Dan (China) kalahkan Kenichi Tago (Jepun)
21-18, 21-17


Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Malaysia) kalah kepada Tuntowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
25-27, 21-17

2 comments:

Comment here