Ads by Nuffnang

Showing posts with label Astro First. Show all posts
Showing posts with label Astro First. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Carling Cup Final 2012: Liverpool lawan Cardiff City


Carling Cup final 2012


Cardiff City vs Liverpool FC


 Stadium Wembley, England.


Isnin 26 Februari 2012 jam 12 a.m.


Astro Ch 816 dan 833 (HD)

Monday, January 2, 2012

Sedih ke tengok Ombak Rindu?


Memang tak ada plan nak tengok di pawagam sebab dah agak Astro First mesti menayangkan lepas sebulan. Betul pun tekaan bila Astro First ada offer Ombak Rindu sebagai salah satu movie pilihan. Paling best bila dapat tahu kakak ipar yang duduk sekali dengan mertua dah order kat Astro First. Alhamdulillah. Tak perlulah nak subscribe kat Astro First. Dapatlah tengok masa melawat Bangi minggu lepas.

Verdict saya mengenai movie adaptasi dari novel Ombak Rindu oleh Fauziah Ashaari ini memang menarik dengan jalan cerita yang mudah di fahami, penuh nasihat, pelakon-pelakon yang menghayati watak dengan sepenuhnya dan scenery yang membuktikan keindahan Malaysia.


Rasanya tarikan Maya Karin dan Lisa Surihani untuk penonton lelaki dan Aaron Aziz serta Bront Palare untuk penonton wanita. Adakah saya seorang saja yang perasan pipi Lisa Surihani dalam movie ini makin tembam? Mungkin ye kot saya seorang yang perasan. Entahlah. Apa-apapun, keempat-empat pelakon ini berjaya deliver watak masing-masing dengan berkesan.


Sedih jugaklah tengok Lisa sedih
Tetapi yang menghairankan ialah part-part yang sedih sampai kena bawak kotak tisu. Itulah komen-komen orang yang tengok kat pawagam. Sedih tu memanglah ada tapi sedih sampai bengkak mata? Takde pun.

Overall, memang movie yang bagus dan mampu menarik minat penonton dari awal sehingga akhir. 

P/s: Cuba cerita sikit kat saya part mana yang sedih sangat tu?