Ads by Nuffnang

Showing posts with label Jillian Michaels. Show all posts
Showing posts with label Jillian Michaels. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Mengunyah macam kambing untuk kurangkan berat badan.

Yup. Memang betul. Ini salah satu trick yang saya belajar bila tengok rancangan "The Biggest Loser". Nak tahu apa trick tu? "Mengunyah macam kambing boleh menguruskan berat badan dan menjadi langsing", kata Jillian. Emm..Jillian Michaels (trainer Biggest Loser) takdelah cakap ayat sebijik macam tu. Pandai pulak dia cakap Melayu. 

Extra Sugar-free chewing gum pilihan saya
Nasihat & trick Jillian Michaels bila kita rasa nak makan lagi padahal baru saja bedal nasi kandar dengan sotong sumbat dengan kuah campur semua jenis masa lunch break ialah untuk mengunyah Wigleys Extra Sugar-Free Chewing Gum. Make sure chewing gum tu sugar free untuk mengurangkan calories yang kita ambil. Antara kelebihan mengunyah chewing gum:

  • mengunyah gum sebelum makan boleh elakkan makan berlebihan.
  • mengelakkan kita dari snackings macam keropok lekor, cucur udang, cekodok dan macam tu lah.
  • mengurangkan cravings untuk makanan bergula.
  • menguatkan otot rahang dan bagus untuk senaman muka.
  • sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan.
  • menjaga kebersihan gigi dan bau mulut.


Banyak benefits mengunyah gum tapi make sure gum tu sugar-free baru menjadi. Kalau nak juga kunyah Bubble Yum, sendiri cari pasal.

Siapa lagi ada tips untuk kurangkan nafsu makan?

P/s: Isteri kata cam kambing je mengunyah chewing gum ini selalu. Biarlah. Nanti boleh jadi kambing yang kurus.