Ads by Nuffnang

Showing posts with label Staf kfc kurang ajar. Show all posts
Showing posts with label Staf kfc kurang ajar. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Isu ayam pun boleh bertumbuk...


Sejak video "Pekerja KFC yang kurang ajar" (klik link) menjadi viral, makin menjadi perbualan orang ramai pula tentang isu ini. Ada yang cuba buat kelakar dan anggap perkara ini remeh tapi ada juga yang cuba menjadikan ia isu perkauman. Kenapa nak sangat tengok huru hara? Dah bosan ke hidup aman damai?

Ada beberapa benda yang buat aku tertanya-tanya:

  1. Tiada provokasi dari pihak pelanggan? Betul ke ni?
  2. Pelanggan kata beli voucher online. Voucher tu tak boleh guna di KFC lain ke?
  3. Tahap kesabaran menunggu beratur sampai 45 minit? Hebat!
  4. Siapa yang membela nasib staf KFC pula?
  5. Kenapa pelanggan buat press conference bersama wakil parti politik? Motif?
Itulah antara persoalan yang aku ada. Tapi hari ini ada pulak terbaca komen-komen dan status-status kat FB yang macam tak sensitif dengan isu KFC ini. Antaranya "Rasa nak makan KFC lunch nanti. Boleh makan sambil tengok fight" atau "Nak order Snack plate kungfu lah nanti". Perlu ke letak status macam ini?

P/s: Masing-masing punya hal lah kan bila letak status FB tapi berhati-hati. Jangan tertangkap macam student USM hari tu.