Ads by Nuffnang

Showing posts with label children. Show all posts
Showing posts with label children. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Dah pandai senyum

Hannah Rose dah mula berborak bila kita acan dia. Senyum manis lagi. Tengoklah tu.


Sunday, December 1, 2013

Yang Mana Satu Kakak, Yang Mana Satu Adik?

Kembar Bo ni dah 2 bulan umur. Cepat betul masa berjalan.

Cuba teka yang mana satu Hannah Rose,  yang mana satu Harris Reza?

Sunday, November 3, 2013

Perkenalkan anak kembar Bo, Hannah Rose dan Harris Reza

Kaisan dengan Hannah Rose (kiri) & Harris Reza (kanan)
Sorry lama tak update. Busy sikit dua bulan yang lepas ni. Memang tak ada masa nak update blog. Terikat habis melayan kembar kami, Hannah Rose dan Harris Reza. Yup, pasangan kembar sepasang kami atas tu. Tengah-tengah tu anak sulong kami, Muhammad Kaisan.

Macam mana pun, saya akan cuba juga untuk cari masa untuk update blog. Passion blogging kena maintain. Kipas susah mati kata orang kalau cerita tentang passion blogging ni.

Kalau ada yang nak bagi hadiah untuk Hannah & Harris, boleh klik bawah ini atau di Tabung Anak Kembar Bo di sebelah tu



Take care guys!

Lagi gambar-gambar Hannah & Harris:

Hannah Rose & Harris Reza

Hannah Rose, 2.5 kg berat masa di lahirkan
Harris Reza, 2.6kg berat masa di lahirkan
Kaisan sayang benar dengan adik-adik dia
Doakan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan beriman

Thursday, August 29, 2013

Sudah 33 minggu

Sudah dekat dengan tarikh bersalin. Ikut kata doktor mungkin sampai minggu ke 36 atau 37.

Makin dekat dengan tarikh makin berdebar. 

Doakan semuanya berjalan lancar dan di permudahkan oleh-Nya.

P/S: Kalau nak isi TABUNG KEMBAR BO pun boleh sini.

Sunday, August 18, 2013

Sebulan saje lagi

Kalau perhatikan betul-betul, nampak dua kepala dalam gambar ultrasound tu kan?
 
Insya Allah, saya dan isteri akan menyambut kelahiran kembar sepasang kami (seorang lelaki dan perempuan). Mereka akan menjadi adik-adik pada Kaisan.
 
Harap kawan-kawan bloggers dan pembaca dapat mendoakan semuanya selamat urusan kami kelak. Amin.
 
 
 

Sokongan padu untuk Kaisan

Kaisan dengan rasa bangga tunjuk alphabet block tower


Tiap-tiap hari ada aje benda baru yang Kaisan tunjuk. Kadang-kadang ada yang elok, kadang-kadang tu memang tak elok. Yang tak elok tu kenalah tegur. Kalau tidak nanti makin melarat sampai ke besar.

Bila Kaisan tunjuk pada saya dan isteri benda baru yang dia belajar, kami pastikan dia dapat sokongan atau encouragement. Biar dia tahu apa dia buat tu bagus, biar dia rasa nak belajar lagi. Walaupun kita letih, tapi penting kena bagi attention yang Kaisan perlukan.

Seronok sebenarnya tengok benda baru yang Kaisan belajar ni. Saya tutup post ni dengan ucapan dari Kaisan.

Yup, Kaisan yang susun

Tuesday, July 23, 2013

Suka Kaisan dapat Chuggington

Masa kecil dulu, saya dapat set keretapi dari ayah. Memang selalulah mengadap keretapi tu. Sekarang dengan Kaisan pun sejarah macam berulang semula. 

Baru-baru ni dapatkan dia pula set train pertama, Chuggington by Takara Tomy. Set tu ada kepala Wilson dan 7 gerabak. 

Memang seronok tengok Kaisan suka set baru dia ni. Kita pulak ralit tengok train tu berpusing-pusing. Tak kemana pun, pusing-pusing situ aje.

Ingat nak expand rail tren ni. Siapa tahu dekat mana boleh cari set Takara Tomy ini lagi?

Senyum lebar dia dengan set Chuggington dia

Tulisan Jepun tu faham ke Kaisan?
Baru sibuk nak suruh bukak
Set Chuggington Takara Tomy
Rasa macam gergasi tengok train lalu




Sunday, July 21, 2013

Suka dia dapat "up and down"


Suka betul Kaisan dapat bermain playground atau "up and down" kata Kaisan. "Up and down" sebab ada jongkang jongket. Tiap-tiap hari dia minta turun main kat playground tapi sebab penat kerja, tak dapat nak bawa. Nanti esok tu rasa menyesal dengan diri sendiri sebab tak penuhi kehendak dia yang simple.



Posting ini untuk ingatkan diri yang anak-anak berharga dan derang hanya jadi kecil sekali. Kena lah treasure saat-saat ini dengan anak-anak. Betul tak?


Saturday, June 30, 2012

Not a care in the world...



Ini lah perangai kanak-kanak. 

Dalam sibuk-sibuk orang cari barang, dia boleh bermain tanpa kisah sekeliling.

Bila kali terakhir kita boleh tinggalkan dunia sibuk kita dan terus bermain?

Monday, March 12, 2012

Macam ada yang tak betul aje nih


Haa....bagus bagus. Khusyuk betul Kaisan mengaji. Siap bersongkok lagi tu.


Laaaa.....pakai seluar pendek?? Mengaji cara apa nih?


Takpe-takpe. Janji ada minat nak belajar.

Melentur buluh biar dari rebungnya, betul tak?

Sunday, March 4, 2012