Ads by Nuffnang

Showing posts with label nak bayar zakat. Show all posts
Showing posts with label nak bayar zakat. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Alhamdulillah. Zakat tahun ini sudah di tunaikan...

Zakat fitrah negeri Selangor @ RM 7.00
Pagi tadi, semasa nak balik dari beli barang dapur di Tesco Extra Mutiara Damansara ternampak meja kutipan zakat fitrah. Alhamdulillah. Sahur tadi dah memang berniat nak bayar zakat fitrah tahun ini. Allah dah tunaikan hajat saya.

Tahun ini bayaran untuk tiga orang tapi insya'Allah tahun hadapan (kalau Allah memanjangkan hidup), akan bayar pula untuk 5 orang. Semoga di permudahkan urusan.

Kalau korang belum bayar, sila cepat bayar. Afdal lagi kalau dekat-dekat nak solat hari raya Eidul Fitri nanti. Cuma takut nanti panjang pula beratur dan tak sempat.

Ini senarai haul zakat fitrah bagi setiap negeri


Untuk kawan-kawan yang menetap di Selangor, klik link ni untuk kaunter-kaunter zakat LZS. Di masjid dan surau-surau pun ada kaunter zakat.

So, korang dah bayar ke zakat fitrah tahun ini?