Ads by Nuffnang

Showing posts with label neymar. Show all posts
Showing posts with label neymar. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Perlawanan Barcelona lawan Harimau Malaya di pindahkan ke Stadium Shah Alam


Stadium Shah Alam akan menjadi venue baru untuk perlawanan antara Barcelona FC dengan Harimau Malaya pada malam ini. Di beritakan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi sebab utama pertukaran venue untuk perlawanan yang menjadi sebahagian dari Asian Tour 2013 FC Barcelona.

Walaupun belum rasmi di umumkan, padang Stadium Nasional yang memang selalu menjadi rungutan, menjadi sebab utama pertukaran saat akhir ini.


Selepas pemain-pemain Barcelona mengadakan sesi latihan semalam, satu perjumaan tergempar di adakan di Hotel One World di mana pemain-pemain Barcelona menginap untuk membincangkan keadaan padang Stadium Nasional.

Akhirnya satu persetujuan di capai untuk perlawanan di tukarkan ke Stadium Shah Alam yang menjadi venue perlawanan Chelsea FC lawan Harimau Malaya pada bulan lepas.

Walaupun ini akan dapat membantu mutu permainan nanti dari pemain bertaraf dunia FC Barcelona seperti Lionel Messi, Neymar, Iniesta dan Xavi, ia akan menjadi suatu yang akan memeningkan kepala penganjur, penaja-penaja dan team penyiaran.

Baca lebih lanjut dari website official FC Barcelona