Ads by Nuffnang

Showing posts with label tablet pc. Show all posts
Showing posts with label tablet pc. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Ini ke iPad 3 yang bakal keluar minggu depan?


Ini ke iPad 3 yang bakal di lancarkan minggu depan? Kalau betul, saya pun nak beli.

Apa pendapat korang?

Wednesday, January 4, 2012

Tengok Youtube lagi ke Kaisan?

Kaisan at 15 months

In the car with his Eee Pad

Breakfast sambil guna Eee Pad dan tengok TV

Call atok nenek guna Blackberry ayah

Kaisan at home again with his Eee Pad

Guna notebook mama tengok YouTube sambil tgk TV

Eee Pad on the left and notebook on the right.

Latey, Kaisan macam suka sangat tengok YouTube. Setakat ni masih lagi boleh pantau sebab bila dia tengok videos on YouTube kami masih lagi boleh tengok-tengok. Manalah tahu terbuka video yang tak sesuai for children his age which Kaisan is only 20 months. 

Yup, Kaisan is only 20 months and he can use the Eee Pad Transformer easily. Memang kanak-kanak senang tangkap dan faham nak guna tablet pc macam iPad, Galaxy Tab dan Eee Pad. Maybe because its all at the end of their fingers with the touch screen. Kekadang kat TV pun dia ingat TV tu touch screen. Habis penuh ada fingerprints kat TV.

Tapi sekarang ini, kami ada juga risau kalau-kalau tak control dari sekarang nanti susak nak control bila dia dah pandai bercakap dan lebih faham. Sekarang pun bila nak ambil Eee Pad dari dia, mesti bunyi "Nanak!". Pastu muncung.

So, memang patut ke risau dan siapa yang ada pengalaman dalam hal ini?

Sunday, October 30, 2011

Babysitter untuk Kaisan

Lunch @ La Manila Cafe Midvalley Megamall


Sejak saya beli tablet Asus Eee Pad Transformer bulan lepas, memang banyak kegunaanya. Tapi function yang paling penting dan saya rasa paling berguna ialah jadi "babysitter" untuk Kaisan bila kami keluar makan.

Dulu kena bergilir-gilir untuk makan sebab sorang kena jaga Kaisan, while sorang lagi makan. Kekadang tu hilang mood nak makan sebab kena makan cepat-cepat. Sekarang dah tak ada masalah ini. Saya dah download favourite Kaisan iaitu Upin & Ipin dan juga apps education lain macam kenal huruf, kenal nombor dan warna. Apps lain macam Angry Bird tu dah macam wajib aje ada.

Kaisan @ Tea Pot Cafe SACC Mall Shah Alam

Bila kami keluar makan pun, memang boleh nampak parents lain pun buat "taktik" yang sama. Memang berguna betul ada tablet pc ni dan saya pun recommend parents lain beli kalau mampu untuk memudahkan tugas menjaga anak.